Anwar turut mengumumkan penyelarasan dari pejabat presiden pula akan dibantu Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Zafrul Aziz yang juga ahli biro politik PKR.
Menurutnya, keputusan itu dibuat bagi memastikan kekuatan parti dapat digembleng secara tersusun, selain memberi ruang kepada barisan kepimpinan baharu memainkan peranan dalam menghadapi pilihan raya.
Anwar turut menyentuh kedudukan anaknya, Nurul Izzah yang tidak lagi menjalankan tugas sebagai timbalan presiden PKR buat sementara waktu.
“Bagi Nurul Izzah, ini pidato terakhir beliau selaku timbalan presiden untuk kali ini. Tahun depan saya tidak tahu.
“Kalau dia nukilkan fahaman Marcus Aurelius, maka selamat Nurul Izzah. Maknanya, dia hanya cuti sementara dan kita akan rangkul semula.”
Beliau turut mengumumkan Naib Presiden PKR, Saifuddin Nasution Ismail akan menjalankan tugas timbalan presiden secara sementara bagi mengisi kekosongan itu.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment