BANGI, 4 RABIULAWAL — PAS menegaskan bahawa sebarang rundingan antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka perlu berlandaskan prinsip keikhlasan, kesamarataan dan tidak didominasi mana-mana parti.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata formula yang digunakan di Negeri Sembilan boleh dijadikan asas dalam rundingan antara PN dan BN bagi menghadapi PRN Melaka.
“Dalam prinsip kerjasama antara parti, ia merentasi perbincangan untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen kerana ia boleh juga membabitkan pertukaran kerusi di peringkat negeri.
“Sebarang rundingan perlu dilakukan atas prinsip keikhlasan dan kesamarataan bagi memastikan kerjasama yang dicapai memberikan manfaat kepada semua pihak tanpa konsep parti lebih besar mendominasi parti lain.
“Jangan kita anggap kita ada abang besar atau adik kecil,” katanya dalam laporan Sinar Harian.
BN sebelum ini dilaporkan mahu mempertahankan semua 21 kerusi DUN yang dimenangi pada PRN lalu.
Tuan Ibrahim yang juga Timbalan Pengerusi PN berkata, jawatankuasa rundingan bersama sebelum ini berjaya menghasilkan persefahaman menguntungkan kedua-dua gabungan itu di Negeri Sembilan dan sebarang pengumuman hanya dibuat selepas persetujuan ditandatangani.
Malah menurutnya, prinsip asas kerjasama itu adalah merujuk kepada penyandang dengan kerusi DUN dan Parlimen sedia ada dikekalkan kepada penyandang.
“Untuk PRN Melaka, kita masih terbuka untuk berbincang dengan mana-mana pihak atas dasar penyatuan ummah. Jangan ada pihak yang mengambil untung dan pihak lain pula rugi,” katanya.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata hasrat itu disuarakan Ketua Menteri Melaka merangkap Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada 3 Ogos lalu pula dilaporkan berkata kerjasama antara parti itu dan BN seperti di Johor dan Negeri Sembilan, tidak semesti berlaku di Melaka.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment