NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

3,214 Hektar Tanah Rizab Melayu Perak Dimiliki Bukan Melayu

MANJUNG – Sekurang-kurangnya 3,214 hektar Tanah Rizab Melayu di Perak hilang dan dipercayai telah berpindah milik kepada bukan Melayu secara tidak sah.

Tindakan itu sekali gus bertentangan dengan Seksyen 19 Enakmen Rizab Melayu 142 dan tidak mengikut Seksyen 419 Kanun Tanah Negara.

Memetik Utusan Malaysia, Menurut Jabatan Audit Negara dalam Laporan Ketua Audit Negara 2019, Siri 2 Aktiviti Jabatan dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 28 September 2021 tanah rizab melayu yang hilang membabitkan 3,214 hektar hanya membabitkan Mukim Jaya Baru dan Sitiawan.

Tanah Rizab Melayu yang membabitkan 3,214 hektar hilang membabitkan Mukim Jaya Baru dan Sitiawan.

Laporan itu turut mendedahkan, kesilapan Pejabat Tanah dan Galian Perak (PTG) membenarkan pendaftaran pindah milik menyebabkan tanah rizab Melayu dimiliki oleh bukan Melayu walaupun hak milik asal adalah pegangan Melayu.

Jabatan Audit Negara turut memaklumkan pencerobohan haram dikesan ke atas tanah rizab Melayu seluas 309 hektar di daerah Perak Tengah dan Kerian yang diteroka sebagai ladang sawit sejak 20 tahun lalu.

Berikutan itu kerajaan negeri Perak mengalami kerugian berjumlah 741,945 ringgit dalam bentuk cukai, premium dan denda susulan pencerobohan tanah itu.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo