NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS mohon ketepikan saman Mujahid isu sokong LGBT

BANGI – PAS memfailkan notis permohonan bagi membatalkan saman fitnah yang difailkan Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berhubung dakwaan beliau yang menuduh parti itu menyokong budaya songsang lesbian, gay, biseksual dan tTransgender.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang mewakii parti itu sebagai defendan memfailkan permohonan mengikut Aturan 18 kaedah 19 (1)(a) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 menerusi Tetuan Tengku Amalin&Faizi di Mahkamah Tinggi pada 15 Februari lalu.

Berdasarkan notis tersebut, alasan permohonan kerana Mujahid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) sebagai plaintif gagal mendedahkan apa-apa kuasa tindakan yang munasabah terhadap defendan.

Nooramir Zakaria yang merupakan peguam bela Mujahid berkata, permohonan itu akan didengar di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh pada 21 Jun ini.

Pada 15 Disember lalu, Mujahid memfailkan saman itu mendakwa PAS pada 16 Oktober 2022 dengan niat jahat menjatuhkan maruah, mengaibkan dan memfitnah plaintif dengan membuat satu kenyataan fitnah di Facebook parti itu.

Naib Presiden AMANAH itu juga mendakwa kenyataan fitnah yang dimuat naik bersama dengan gambar dengan kapsyen ‘Mantan Menteri Agama PH (Pakatan Harapan) sokong LGBT?

Kenyataan fitnah itu antaranya dikatakan membawa maksud plaintiff membenarkan serta menerima masyarakat Malaysia khususnya yang beragama Islam terbabit dengan aktiviti LGBT dan zina

Mujahid juga mendakwa kenyataan fitnah itu menyebabkan beliau mengalami tekanan perasaan, selain merosakkan perwatakan, nilai moral, pegangan agama, keupayaan dan kredibiliti plaintif sebagai menteri.

Plaintif juga memohon suatu perintah supaya PAS menarik balik serta memadam kenyataan fitnah serta gambar plaintif dalam tempoh masa 14 hari dari tarikh penghakiman selain memohon ganti rugi am.

Mengikut pernyataan pembelaan, PAS mendakwa pernyataan tuntutan plaintif adalah cacat dan tidak sah kerana gagal menamakan pelaku kesalahan yang mempunyai kawalan serta melakukan penerbitan bagi artikel berkenaan.

Defendan juga menegaskan berada di bawah tanggungjawab politik, moral dan sosial untuk menyebarkan pandangan berbeza bagi meraikan perbezaan pandangan yang berlaku dengan serius dalam masyarakat.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo