NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Malapetaka kepada Anwar jika Najib, Ahmad Zahid bebas



BANGI, Rabu – Jika Datuk Seri Najib Razak diberi pengampunan diraja dan 47 pertuduhan ke atas Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi digugurkan, maka kesan dua hal besar ini adalah suatu malapetaka kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah, Pakatan Harapan (PH) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan rebah tersungkur bersama-sama Barisan Nasional (BN).

Demikian kebimbangan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim susulan permohonan pengampunan Najib dan penangguhan kes Ahmad Zahid di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurutnya, perkembangan yang berlaku itu amat menyeramkan dan membimbangkan.

“Nampaknya peranan Peguam Negara berada di kedua-dua gelanggang. Pertama, Peguam Negara mengambil posisi dalam pengampunan Najib di bawah Perkara 42(5) Perlembagaan Persekutuan bahawa Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong hendaklah dianggotai sama oleh Peguam Negara.

“Seterusnya, melalui Perkara 42(9) menyatakan bahawa Lembaga Pengampunan hendaklah menimbangkan apa-apa pendapat bertulis yang mungkin telah dikemukakan oleh Peguam Negara.

“Di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan telah disebut dengan jelas bahawa takrif kuasa yang ada pada Yang di-Pertuan Agong tertakluk di bawah Perkara 42(4)(b) bahawa kuasa Agong dijalankan mengikut nasihat Lembaga Pengampunan yang ditubuhkan mengikut Fasal (5) Perkara 42,” katanya menerusi kenyataan di Facebook pada Selasa.

Tambahnya, kuasa Peguam Negara untuk menggugurkan 47 pertuduhan ke atas Ahmad Zahid hampir mutlak di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, ia berbahaya dan cukup membimbangkan kepada sesiapa yang mencintai keadilan, ketelusan dan kebenaran.

Katanya lagi, kemungkinan senario yang tidak diingini akan berlaku. 

Justeru, Hassan mengingatkan Anwar bahawa gabungan politik PH dan PKR akan ditolak oleh rakyat jika perkara itu berlaku.


Sumber I Tv Pertiwi



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo