NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Siti Kasim cuba usik wanita Terengganu



Siapa kamu untuk menghalang kami mendidik wanita Terengganu menutup aurat dengan sempurna?

Kenyataan celupar daripada Siti Kasim menyelar tindakan Exco Kerajaan Negeri yang cakna hal Wanita Terengganu sangat tidak masuk akal.

Apakah beliau mengira agama ini main-main?

Jika dia merasakan wanita Terengganu akan berdiam diri dengan kelancangan dan kebiadapannya maka dia silap.

Perkataan ‘patuh syariah’ bukan bermakna patuh atau menurut dan mengikut syarat dan peraturan yang ditentukan manusia.

Patuh Syariah melambangkan sesuatu perlakuan dan perbuatan yang merujuk tatacara perundangan dan peraturan yang diperintahkan oleh Allah Azza Wajalla.

Secara jelasnya, patuh syariah ialah salah satu usaha dan cara untuk hidup patuh akan perundangan yang Allah turunkan.

Pakaian Patuh Syariah yang diperkenalkan dan cuba dilaksanakan oleh kerajaan Negeri Terengganu adalah satu usaha yang dilakukan bagi menepati dan mendidik masyarakat ke arah perintah Allah yang sebenar.

AMEERAH Terengganu sentiasa menyokong usaha YB Haji Hanafiah Mat untuk memartabatkan kaum wanita dan mendidik mereka menjadi insan yang mulia. Terima kasih atas penganjuran dan sambutan sebulan Terengganu Hijab Day 2023 yang membuka mata banyak pihak tentang kewajipan berhijab.

Semoga kita semua tidak tergolong dalam golongan Riddah, yang menolak dan berpaling daripada jalan dan usaha mengamalkan cara hidup islam yang sebenar sesudah kita mempunyai peluang dan ruang untuk melaksanakannya.

Tertutup itu lebih indah.
Hijab kami, hak kami.
Indahnya Berhijab.
Terengganu Maju Berkat Sejahtera

Asma Abdullah ialah Pengarah AMEERAH Terengganu

............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo