NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Banjir: Mangsa enam negeri meningkat kepada 11,918


KUALA LUMPUR(Berita Harian): Jumlah terkini mangsa banjir yang melanda enam negeri terus meningkat kepada 11,918 orang daripada 3,389 keluarga.

Setakat jam 7 malam tadi, Johor terus mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 11,241 orang dengan 108 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di negeri itu.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), secara keseluruhan, enam negeri terjejas dengan bencana itu, iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak dan Sabah dengan keseluruhan 126 PPS sudah dibuka.

Di Sabah, setakat ini, 108 mangsa dilaporkan terjejas dipindahkan ke satu-satunya PPS yang dibuka setakat ini.

Mangsa di negeri itu membabitkan 24 keluarga dengan 30 lelaki dewasa, 37 perempuan dewasa, 17 kanak-kanak lelaki dan 19 kanak-kanak perempuan.

Negeri yang turut merekodkan peningkatan mangsa adalah Sarawak iaitu 274 orang dengan lima PPS dibuka setakat ini, selain 171 mangsa di Pahang yang menyaksikan empat PPS dibuka.

Di Melaka, cuma dua PPS dibuka setakat awal malam ini, termasuk bagi menempatkan tiga mangsa daripada sebuah keluarga.


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo