NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Banjir: Mangsa meningkat di Pahang

Anggota APM membantu memindahkan mangsa banjir di daerah Raub, semalam. -APM
Anggota APM membantu memindahkan mangsa banjir di daerah Raub, semalam. -APM

KUANTAN: Jumlah mangsa banjir di Pahang terus meningkat apabila mencatatkan seramai 351 mangsa daripada 91 keluarga yang ditempatkan di 10 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di lima daerah sejak semalam.

Menurut kenyataan Jabatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Pahang, lima daerah yang terjejas akibat banjir ialah Rompin, Maran, Raub, Pekan dan Jerantut.

"Satu penambahan PPS dibuka di Rompin, iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Buluh Nipis yang menempatkan tujuh mangsa.

"Manakala PPS Balai Raya Kampung Rekoh menempatkan 122 mangsa, Dewan Orang Ramai Bukit Ibam (70), dan Balai Raya Bandar Perwira Jaya (7)," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Di Maran pula, PPS Balai Raya Jengka 6 menempatkan tujuh mangsa, manakala PPS Dewan Semai Bakti Chini 1, di Pekan menempatkan seramai 45 orang mangsa banjir daripada tujuh keluarga.

Sementara itu, seramai sembilan mangsa daripada empat keluarga dipindahkan ke PPS Kampung Kuala Keloi, di Raub.

"Di Jerantut, seramai 77 mangsa daripada 14 keluarga dipindahkan ke PPS SK Felda Kota Gelanggi 1.

"Hujan lebat yang berterusan sejak semalam menyebabkan Sungai Siam di Jerantut melimpah sehingga menyebabkan beberapa buah rumah di Kota Gelanggi 1 dinaiki air," ujarnya.


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo