NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PKBM terima laporan gangguan seksual atlet berbasikal wanita

Datuk Abu Samah Abd Wahab


PRESIDEN Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abd Wahab, mengesahkan telah menerima laporan berhubung kes gangguan seksual membabitkan seorang pelumba wanita negara, bagi acara berbasikal bukit (MTB).

Atlet wanita berusia 20-an itu yang membuat laporan polis pada Khamis mendakwa mengalami gangguan seksual daripada jurulatihnya sendiri, semasa menjalani latihan bersama pasukan.

Abu Samah berkata, susulan laporan polis dibuat, pihaknya telah mengambil tindakan serta merta menggantung jurulatih berkenaan, bagi membantu siasatan lanjut.

"Saya mengesahkan sememangnya terdapat laporan berkaitan seorang pelumba basikal wanita mengalami gangguan seksual daripada jurulatihnya, baru-baru ini.

 "PKBM menyerahkan siasatan lanjut kepada polis dan dalam masa sama menggantung jurulatih itu bagi memberi ruang kepada jawatankuasa disiplin badan induk berbasikal negara, mendapatkan maklumat berkaitan kejadian itu,” katanya ketika dihubungi di sini.

-Abu Samah berkata, kejadian gangguan seksual itu ternyata mengejutkannya dan sama sekali tidak pernah terjadi dalam kem berbasikal negara sebelum ini.

"Kali terakhir kem berbasikal negara terpalit dengan isu gangguan seksual ialah pada tahun 1989 dan selepas itu kita sentiasa mengingatkan jurulatih dan pelumba basikal, supaya menjaga batasan masing-masing.

"PKBM akan sentiasa memantau perkara ini dan turut menghulurkan bantuan kepada pelumba basikal terbabit, bagi mengelak mengalami trauma akibat gangguan seksual itu,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PKBM, Datuk Amarjit Singh Gill berkata, badan induk sukan itu sama sekali tidak berkompromi di dalam hal keselamatan dan kebajikan atlet-atlet berbasikal kebangsaan, serta apa jua bentuk gangguan seksual ataupun tingkah laku terkandung dalam Kod Keselamatan Sukan.

"Sekiranya tuduhan tersebut didapati berasas, tindakan yang boleh diambil termasuklah penggantungan lesen dan penamatan kontrak perkhidmatan dan/atau pembatalan pelantikan ke pasukan berbasikal kebangsaan, sekiranya ada,” katanya. - Bernama




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo