NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pelumba basikal negara dakwa jadi mangsa gangguan seksual

Presiden PKBM, Datuk Abu Samah Abd Wahab


PERSEKUTUAN Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) mengesahkan menerima laporan berhubung kes seorang pelumba wanita negara dalam acara berbasikal bukit (MTB) yang mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual, baru-baru ini.

 Presiden PKBM, Datuk Abu Samah Abd Wahab berkata, pelumba terbabit telah membuat laporan polis pada Khamis dengan mendakwa perbuatan berkenaan dilakukan jurulatihnya sendiri.

"Saya mengesahkan terdapat laporan berkaitan seorang pelumba basikal wanita mengalami gangguan seksual daripada jurulatihnya baru-baru ini.

"Jawatankuasa Disiplin PKBM telah pun mengambil tindakan susulan berhubung kes itu dengan menggantung jurulatih berkenaan serta merta.

 "PKBM menyerahkan siasatan lanjut kepada polis dan pada masa sama memberi ruang kepada jawatankuasa disiplin mendapatkan maklumat berkaitan kejadian itu," katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.

Sebelum itu, Naib Presiden PKBM, Datuk Amarjit Singh memaklumkan, pihaknya telah diberitahu mengenai satu laporan polis dibuat seorang pelumba basikal negara berhubung kes gangguan seksual.

"PKBM mengambil perkara ini dengan begitu serius dan Jawatankuasa Disiplin akan menyiasat perkara ini secara mendalam.

"Jurulatih berkenaan telah pun digantung tugas serta merta sepanjang siasatan bagi memastikan tiada gangguan dalam proses penyiasatan.

"Kami juga akan memberi kerjasama penuh dengan Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara dan agensi kerajaan yang lain untuk siasatan bebas mereka," ciap Amarjit di laman Twitter.


Sumber | Sinar Harian





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo