NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kad debit, kredit boleh diguna di lima tol mulai September ini

Tol di Lebuhraya Sungai Besi yang menjadi salah satu pelaksanaan sistem pembayaran terbuka selain Touch n Go. - Gambar arkib


KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya (KKR) mengesahkan sistem pembayaran terbuka di lima buah tol lebuh raya membabitkan kad kredit dan debit boleh digunakan menjelang September ini.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ini bermakna pengguna mempunyai pilihan pembayaran, selain Touch n Go (TNG) yang dilihat memonopoli industri tersebut.

“Lima lebuh raya yang akan guna sistem tersebut iaitu Lebuhraya Sungai Besi, Lebuhraya Baru Pantai, Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur, Lebuhraya Koridor Guthrie serta Jambatan Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Alexander, usaha ke arah sistem itu bukan perkara baharu dibincangkan kementeriannya, sebaliknya ia telah dilakukan lebih setahun lalu.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, pelaksanaan sistem itu merupakan inisiatif awal sebelum beralih ke Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang kini sedang diusahakan.

Alexander menambah, pelaksanaan penuh MLFF itu akan dilaksanakan secara berfasa selewat-lewatnya pada suku ketiga 2024.

Sebelum ini, Datuk Seri Salahuddin Ayub memaklumkan, satu perbincangan bersama tiga kementerian akan diadakan bagi mengatasi masalah berkenaan.

Ia membabitkan KKR, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Kementerian Pengangkutan.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan khidmat monopoli TNG mungkin ditimbang semula kerana dilihat tiada kemajuan meyakinkan dalam sistem itu. –  MalaysiaGazette




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo