NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

REE tarik minat ramai pelabur ke Kelantan

Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob



KOTA BHARU: Kelantan berjaya menarik minat ramai pelabur yang ingin mengetahui kewujudan Unsur Nadi Bumi (REE) dianggar bernilai RM125 bilion.

Bagaimanapun kata Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob kerajaan negeri belum membuat keputusan untuk mengeluarkan bahan nadir.

Katanya, kajian sedang dilakukan di kawasan-kawasan yang dilapor mempunyai potensi tinggi memilik REE dan merangka prosedur yang akan digunakan kelak.

“Perkara itu dipromosi oleh kerajaan pusat era sebelum ini sehingga ia menarik minat ramai pelabur datang untuk melihat perkembangannya.

“Cuma kita berhati-hati dalam kajian dan merangka prosedur mengenainya. Dan setelah selesai kita akan beri kepada mana-mana syarikat yang dianggap terbaik,” katanya menjawab soalan tambahan Mohd Adanan Hassan (PAS-Kelaboran) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) hari ini.

Kelantan sebelum ini dilapor mempunyai potensi Unsur Nadi Bumi dengan nilai RM125 bilion melibatkan jajahan Tanah Merah, Gua Musang dan Jeli.

REE paling banyak dikatakan ditemui di Aring seluas 100,000 hektar, Stong Batu Melintang (80,000 hektar), manakala di Tanah Merah (25,000 hektar).

Mantan Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Dato’ Seri Takiyuddin Hassan berkata, potensi itu bakal memberi manfaat dan dijangka meningkatkan ekonomi Kelantan dan penduduk setempat. – HARAKAHDAILY 21/3/2023




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo