NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Belanjawan 2023: 'Bajet ini cukup besar. Sekarang kita dah pinjam RM1.5 trilion. Ini nak hutang lagilah' - Tun M


Putrajaya(Harian Metro): Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan tindakan Kerajaan Perpaduan membentangkan Belanjawan 2023 sejumlah RM388.1 bilion.

BH Online melaporkan, Dr Mahathir yang dua kali menjadi Perdana Menteri, mempersoalkan dari mana kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memperoleh dana itu sedangkan negara ketika ini berdepan hutang mencecah RM1.5 trilion.

Beliau berkata, ia berikutan kutipan hasil negara kurang sebanyak RM90 bilion.

"Bajet ini cukup besar... yang terbesar sekali dalam sejarah negara.

"Jadi saya percaya mereka akan pinjam. Sekarang kita dah pinjam RM1.5 trilion. Ini nak hutang lagilah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Penyerahan Kad Keahlian dan Watikah Penasihat PUTRA, di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, semalam.

Dr Mahathir berkata, hutang negara RM1.5 trilion itu akan mengambil masa bertahun-tahun untuk diselesaikan.

Beliau berkata, ketika ini kerajaan membayar RM40 bilion bunga daripada pinjaman berkenaan.
"Bukan pokok. Pokok duk besar tu jalah. Dan kita nak hutang lagi. Pikir tengoklah apa akan jadi kepada negara," katanya.

Media sebelum ini melaporkan, hasil Kerajaan Persekutuan dijangka berkurang secara marginal sebanyak satu peratus kepada RM291.5 bilion, berikutan hasil bukan cukai yang dianggarkan berkurang pada 2023 susulan harga minyak mentah dunia yang lebih rendah.


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo