NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Statistik demam denggi turun 17.6 peratus

Petugas KKM membuat semburan kabus sebagai antara langkah membendung penularan denggi. - FAIL NSTP/ASYRAF HAMZAH


KUALA LUMPUR: Jumlah kes demam denggi berkurangan pada Minggu Epidemiologi Keempat dengan 1,910 kes direkodkan, berbanding 2,319 kes minggu sebelumnya, penurunan 409 kes atau 17.6 peratus. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata satu kematian turut direkodkan pada minggu sama.

"Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah 8,968 kes berbanding 2,948 kes bagi tempoh sama tahun lalu, peningkatan 6,020 kes (204.2 peratus).

"Empat kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan berbanding tiada kematian bagi tempoh sama tahun lalu.

"Sebanyak 79 lokaliti hotspot dilaporkan minggu ini berbanding 80 lokaliti hotspot minggu sebelumnya, dengan 51 lokaliti hotspot di Selangor, 14 lokaliti di Kuala Lumpur dan Putrajaya, 12 di Sabah dan dua di Pulau Pinang," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menyentuh perkembangan kes Chikungunya, Dr Noor Hisham berkata, survelan penyakit itu mendapati lima kes pada minggu keempat direkodkan Kementerian Kesihatan (KKM), iaitu tiga kes dari Pulau Pinang dan masing-masing satu kes dari Kedah serta Selangor.

"Jumlah kumulatif kes Chikungunya sehingga kini adalah 52 kes. 

"Bagi survelan Zika, sebanyak 169 sampel darah dan satu sampel urin dijalankan saringan Zika dan semuanya negatif," katanya


Sumber I BH Online



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo