NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MotoGP: Marini terpantas hari terakhir ujian pramusim

Pelumba RNF MotoGP Team Miguel Oliveira (kanan) sempat menoleh ke belakang melihat pelumba Mooney VR46 Racing Team Luca Marini ketika beraksi pada Sesi Ujian Pra Musim MotoGP 2023 di Litar Antarabangsa Sepang hari ini.


SEPANG, 12 Feb (Bernama) -- Luca Marini, mewakili pasukan Mooney VR46, muncul sebagai pelumba terpantas sepusingan pada hari terakhir sesi ujian musim sejuk MotoGP 2023 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini.

Pelumba Itali berusia 25 tahun itu mencatatkan masa satu minit 67.889 saat (s) pada psuingan ke-47 sebelum melengkapan 54 pusingan, mendahului juara bertahan, Francesco Bagnaia, daripada pasukan Ducati Lenovo, yang merakamkan 1:57.969s padapusingan  terakhir setelah menamatkan 43 pusingan.

Maverick Vinales dari Aprilia Racing, yang mdelakukan 56 pusingan, muncul pelumba ketiga terpantas dengan mencatat 1:58.036s pada pusingan ke-50.

Mengulas sesi ujian tersebut, Marini berkata beliau benar-benar berpuas hati dan menyifatkan prestasinya di Sepang sebagai luar biasa.

“Cara yang bagus untuk memulakan musim. Ia adalah ujian yang hebat. Saya sangat gembira kerana semua yang kami cuba hari ini ternyata baik terutama bahagian cengkaman dan brek,” katanya kepada pemberita selepas sesi tersebut.

Smentara itu, Bagnaia atau mesra dipanggil ‘Pecco’, berkata perubahan besar yang dilakukan oleh pasukannya pada sistem elektronik jentera pada saat akhir memberikan hasil yang menakjubkan kerana ia membantunya menduduki tempat kedua terpantas dalam sesi itu.

“Selepas sesi makan tengah hari, saya sangat bergelut, sukar melakukan pendikitan penuh kerana jentera bergegar dan luncur. Bagaimanapun, saya sangat gembira dan bangga kerana pasukan berjaya membuat perubahan besar dalam sistem elektronik,” katanya.

Semua pelumba dan pasukan akan menuju ke ujian dua hari di Autodromo Internacional do Algarve, Portimao, Portugal pada 11 dan 12 Mac, dengan pembukaan musim ditetapkan di litar yang sama, dua minggu kemudian (24-26 Mac).

-- BERNAMA




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo