NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya 14 Februari ini



KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Bekalan air ke tujuh kawasan terjejas susulan henti tugas sementara empat Loji Rawatan Air (LRA) disebabkan insiden pencemaran bau di Muka Sauk LRA Rantau Panjang, pulih 75 peratus setakat 6 petang ini.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata peratusan pemulihan bekalan air di kawasan terjejas iaitu di Petaling adalah 62 peratus, Gombak (99 peratus), Hulu Selangor (100 peratus), Klang (42 peratus), Shah Alam (30 peratus), Kuala Langat (kosong peratus) dan Kuala Selangor (99 peratus).

“Tempoh pemulihan bekalan air di kawasan terjejas itu bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

“Bekalan air di kawasan terjejas dijangka akan pulih sepenuhnya 6 pagi, Selasa (14 Feb) ini. Pengguna boleh mendapatkan senarai kawasan terjejas dengan melayari laman sesawang https://hentitugas.airselangor.com/ selain menerusi aplikasi  Air Selangor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Elina berkata Air Selangor ingin menasihatkan pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan air agar membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian.

"Pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan air berjadual ini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300.

"Sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan ke Help Centre di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor," katanya.

Insiden pencemaran bau di Muka Sauk LRA Rantau Panjang menyebabkan LRA Rantau Panjang, LRA Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1), LRA Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2) dan LRA Sungai Selangor Fasa 3 (LRA SSP3) dihenti tugas sejak malam tadi.

Bagaimanapun, kesemua LRA ini telah kembali beroperasi sepenuhnya pagi ini.

-- BERNAMA




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo