NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Australia sumbang dana RM9 juta untuk program COVID-19 - KKM



KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Kementerian Kesihatan (KKM) merakamkan penghargaan kepada kerajaan Australia atas pendanaan RM9 juta untuk program COVID-19 negara.

Menterinya Dr Zaliha Mustafa menerusi hantaran di laman Facebooknya hari ini berkata pendanaan berkenaan adalah melalui Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Malaysia, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Malaysia dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.

“KKM amat mengalu-alukan kerjasama, terutama dalam bidang penyelidikan kesihatan,” katanya.

Hari ini, beliau menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia Dr Justin Lee di Parlimen, sewaktu sesi rehat sidang mesyuarat.

Katanya pertemuan itu membincangkan isu dan hala tuju berkait dengan sektor kesihatan serta kerjasama erat antara Australia dan Malaysia dalam bidang kesihatan.

“Pertemuan sebegini merupakan satu usaha mengukuhkan hubungan dan kerjasama dua hala yang bakal memberi manfaat bersama,” katanya.


- BERNAMA 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo