NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rasuah pengadu RM7,000 tarik laporan polis, penjawat awam ditahan

Penjawat awam itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM cawangan Sandakan hari ini.


PETALING JAYA: Seorang penjawat awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Sandakan, Sabah hari ini kerana memberi wang rasuah kepada seorang pengadu sebagai dorongan menarik balik laporan polis terhadapnya.

Sumber dipetik Bernama berkata, suspek lelaki berusia 40-an yang bertugas di Beluran itu sudah disiasat polis mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana terbabit kes samun berkumpulan.

Menurutnya, suspek kemudian menawar serta memberikan RM7,000 kepada pengadu sebagai dorongan menarik balik laporan itu pada 30 Okt 2021.

Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy mengesahkan suspek ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM cawangan Sandakan hari ini untuk disiasat mengikut Seksyen 16(b)(A) Akta SPRM 2009.

Katanya, suspek dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 serta deposit RM1,000 dan seorang penjamin.

Beliau berkata, lelaki itu akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Sandakan dalam masa terdekat.


Sumber I FMT Malaysia 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo