NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tengku Zafrul hantar borang atau hadir mesyuarat UMNO?

Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, tiba di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur. - NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI


KUALA LUMPUR: Kelibat Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz tiba di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada malam sama Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mengadakan mesyuarat, mencetuskan tanda tanya. 

Beliau yang juga Bendahari UMNO Selangor tiba pada jam 8.07 malam dan terus ke ruangan mesyuarat. 

Setakat ini, belum dapat dipastikan sama ada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu menghadiri mesyuarat atau menghantar borang pencalonan. 

Sebelum ini, Tengku Zafrul mengesahkan akan bertanding jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada pemilihan parti Mac ini.

Beliau dilaporkan berkata, hasrat itu bagi membolehkan dirinya bersama pemimpin lain menyumbang khidmat kepada parti khususnya bagi memulihkan UMNO.

Terdahulu, beberapa pimpinan tertinggi UMNO tiba di Menara Dato' Onn bagi menghadiri mesyuarat MKT yang dijadualkan bermula jam 8.30 malam.

Antara yang kelihatan ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Ahli MKT, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin serta Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.


Sumber I BH Online




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo