NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

“Suruh Swee Leong buktikan judi boleh bentuk keharmonian kaum” – Sanusi

“Kita takkan ada pertimbangan semula, ini bukan isu satu kaum sahaja… Judi merosakkan semua kaum,” itu kata tegas daripada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Menurut beliau berkata judi bukan hanya isu untuk satu kaum sahaja sebaliknya judi sudah merosakkan semua kaum di negara ini.

“Judi tak pernah jadi alat membentuk keharmonian kaum,” katanya ketika dihubungi katanya.

Muhammad Sanusi berkata, Swee Leong terlebih dahulu diminta untuk membuktikan judi boleh membentuk keharmonian kaum.

Katanya ini kerana keharmonian kaum hanya boleh dibentuk melalui integrasi di sekolah, aktiviti sukan, silang seni budaya, bahasa pertuturan yang sama dan lain-lain.

“Suruh dia buktikan judi boleh bentuk keharmonian kaum,” katanya.

- AMALmedia

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo