
Ketua Penerangan Pas Pusat, Khairil Nizam Khirudin berkata, kerajaan perlu menyatakan langkah yang tegas, berani dan mengambil sikap proaktif berhubung potensi ancaman penularan kes Covid-19 dari China ketika ini.
“Kebanyakan rakyat menzahirkan kebimbangan, malah beberapa negara telah mengambil tindakan lebih awal daripada Malaysia.
“Justeru, Pas menuntut Menteri Kesihatan tampil untuk memberi penjelasan menyeluruh dan situasi sebenar potensi ancaman penularan Covid-19 di Malaysia bagi mengelakkan persepsi yang tidak benar,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.
Khairil Nizam berkata, maklumat daripada Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) juga tidak terperinci berbanding realiti di China yang digambarkan penularan wabak tersebut yang semakin serius.
“Setakat ini, kerajaan belum mengemukakan tindakan muktamad sama ada untuk menyekat atau mengetat syarat kemasukan pelancong asing khususnya dari China ke Malaysia,” katanya lagi. -KOSMO! ONLINE
No comments
Post a Comment