NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tiada sekatan ke atas pelancong dari China -PM Anwar

PETALING JAYA: Kabinet memutuskan tiada sebarang larangan atau sekatan dikenakan terhadap pelancong daripada mana-mana negara luar termasuk China ke negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan mengambil pendirian tidak ‘mendiskriminasi’ China melihat keadaan jangkitan wabak Covid-19 di beberapa negara lain termasuk Amerika Syarikat juga berdepan situasi sama.

Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan akan memperketat kawalan sedia ada seperti penggunaan pengimbas suhu terhadap pendatang asing di pusat Imigresen khususnya daripada negara yang berisiko tinggi berlaku jangkitan wabak.

“Kabinet tanpa ragu memutuskan bahawa aspek kesihatan adalah hal yang utama. Soal pelancongan dan ekonomi tidak boleh mengatasi kepentingan mengawal dan merawat rakyat dari segi wabak dan jangkitan. Tiada tolak ansur.

“Namun, ini tidak bermakna kerajaan harus memberi kelonggaran kepada mana-mana negara termasuk China, kita harus pantau seperti mana mengikut keperluan dan kepentingan.

“Oleh itu, kerajaan akan mengambil tindakan untuk menyelamatkan rakyat kita, sesiapa sahaja yang masuk (ke Malaysia) harus dipantau dan dikenakan syarat yang sama,” katanya dalam sidang akhbar delepas mesyuarat Kabinet hari ini.

Mengulas mengenai pengambilan dos penggalak Covid-19, Anwar berkata, negara mempunyai bekalan vaksin yang mencukupi namun banyak yang dilupuskan disebabkan sambutan ‘tidak hangat’ dalam kalangan rakyat berbanding pengambilan dos pertama dan kedua.

Justeru, sebelum rakyat memulakan langkah mengambilnya, beliau menyeru supaya pengamal media yang belum mendapatkan vaksin berkenaan untuk mengambil langkah terdahulu.

“Jadi, saya usulkan supaya kita mulakan dengan wartawan yang belum mengambil dos penggalak jangkitan ini, mengikut unjuran Kementerian Kesihatan belum menentu dan tamat.

“Kalau wartawan memberikan teladan yang baik, itu (pengambilan dos penggalak) akan diikuti oleh rakyat,” katanya.

- UTUSAN

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo