NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Polis buka 2 kertas siasatan himpunan bantah tindakan bakar al-Quran

Anggota polis melakukan kawalan ketat di hadapan pejabat Kedutaan Sweden di Hampshire Park susulan Pemuda PAS Malaysia mengadakan Demonstrasi Solidariti Bantahan Penghinaan Agama Islam Oleh Ahli Politik Sweden dan mengecam keras tindakan Rasmus Paludan, ahli politik di Sweden yang membakar al-Quran dalam protesnya terhadap Turkiye. NSTP/Aswadi Alias


KUALA LUMPUR: Polis membuka dua kertas siasatan berhubung penganjuran dua perhimpunan yang diadakan di hadapan Kedutaan Belanda dan Kedutaan Sweden di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berkata penganjur dan beberapa individu yang dikenal pasti terbabit dalam perhimpunan itu akan dipanggil untuk dirakam keterangan.

Terdahulu, katanya, pihak polis mengesan dua perhimpunan yang tidak mematuhi peruntukan undang-undang diadakan di hadapan Kedutaan Belanda di Persiaran KLCC dan Kedutaan Sweden di Jalan Mayang Sari, di sini kira-kira jam 2 petang tadi.

"Hasil pemerhatian yang dijalankan, kira-kira 80 orang menyertai perhimpunan di hadapan Kedutaan Belanda dan kira-kira 400 orang menyertai perhimpunan di hadapan Kedutaan Sweden.

"Sehubungan itu, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi membuka dua kertas siasatan mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kesemua individu yang sudah dikenal pasti terbabit dalam perhimpunan itu akan dipanggil ke IPD Dang Wangi untuk diambil keterangan dalam masa terdekat.

Katanya, kertas siasatan ini akan dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan lanjut. 

Petang tadi, berlangsung himpunan bantahan diadakan di hadapan pejabat Kedutaan Sweden di sini yang disertai kira-kira 500 peserta, sebaik selesai solat Jumaat. 

Peserta mula berhimpun di Masjid As-Syakirin KLCC sebelum berarak dan tiba di Kedutaan Sweden kira-kira jam 2.30 petang dengan diiringi petugas AMAL PAS sambil melaungkan takbir.

Perhimpunan disertai beberapa pemimpin PAS, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), PEJUANG serta badan bukan kerajaan (NGO) Islam.

Himpunan sebagai bantahan dan mengutuk tindakan ahli politik Sweden-Denmark, Rasmus Paludan membakar al-Quran, Sabtu lalu.

Paludan yang juga pemimpin parti politik sayap kanan Denmark Hard Lineketika menyertai bantahan di hadapan Kedutaan Turkiye di Stockholm, membakar al-Quran dengan pemetik api.

Beliau bersama kira-kira 100 orang yang berhimpun itu berbuat demikian selepas Turkiye dilaporkan membantah keanggotaan penyertaan Sweden dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).


Sumber I BH Online



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo