NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

10,312 mangsa banjir dipindahkan di Sabah, setakat malam ini

Pasukan bomba yang menjalankan operasi pemindahan mangsa banjir ke PPS. NSTP/Juwan Riduan


KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat penempatan sementara (PPS) di Sabah mencecah 10,312 orang berikutan peningkatan penduduk yang dipindahkan di daerah Pitas, malam ini.

Laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah setakat jam 8 malam ini menunjukkan jumlah itu adalah daripada 3,564 Ketua Isi Rumah (KIR) yang direkodkan di lima daerah terjejas banjir.

Jumlah itu meningkat berbanding 9,677 mangsa daripada 3,294 KIR yang dipindahkan ke 33 PPS pada jam 4 petang tadi.

Kota Marudu kekal sebagai daerah yang mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 7,358 mangsa, diikuti Pitas (2,160 mangsa) dan Paitan (664 mangsa).

Daerah Tawau pula kekal mencatat seramai 108 mangsa, manakala Telupid merekodkan 21 mangsa.

Laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah setakat jam 8 malam ini menunjukkan peningkatan baharu mangsa direkodkan di daerah Pitas yang meningkat kepada 2,160 mangsa berbanding 1,522 mangsa petang tadi.

Sementara itu, daripada 33 PPS yang dibuka setakat ini, tiga mencatat pemindahan mangsa tertinggi iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tandek (1,361 mangsa), Sekolah Kebangsaan (SK) Ranau (1,206 mangsa) dan SK Pekan Dua, Kota Marudu (968 mangsa).


Sumber I BH Online



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo