NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ingatan khas buat anak muda.

Khas buat anak muda.
.
Inilah kereta yang saya gunakan ke tempat kerja setiap hari. Dari Nilai ke Putrajaya. Hampir 60km ulang alik setiap hari. Sebuah kereta kecil yang sangat jimat serba serbi. Minyak,komitmen bulanan, kos penyelanggaraan, roadtax dll.
.
Perodua Axia E 1.0 (M). Komitmen bulanan hanya RM250 sebulan. Macam bayar motor sahaja šŸ¤­ Alhamdulillah tak struggle bulan-bulan nak bayar sampai 700-800 tu.
.
Jumlah tu boleh guna kot tempat lain yang lebih bermanfaat kan. Kita boleh buat saving ASB ke TH ke kan. Ataupun kita ada plan takaful untuk medical.
.
Orang nak kutuk tu biasalah. Dulu saya ingat lagi masa mula2 saya bawa kereta ini di UUM kawan saya kata, 'eh kereta kecik, tapi bila tuan badan keluar kereta badan besar, tak sesuai' Tapi rajin pula dia dok tumpang kereta saya lepastu šŸ˜…
.
Ada juga kawan-kawan dok kata kosongnya kereta hang. Apa pun tak ada. Yelah masa saya saya beli Axia E ni mula-mula dulu radio dia tak bagi, central lock dia tak bagi, alarm dia tak bagi, assist grip tak bagi. Kemudian saya buat semua tu kat luar kos tak sampai pun 1k. Benda boleh jimat, kenapa nak membazir?
.
Orang nak kutuk biarlah. Kita bukan guna duit dia beli kereta kita ni. Eheh. Bagi saya kereta ini tak lebih sebagai sebuah kenderaan untuk bergerak dari point A ke point B. Tak lebih dari itu.
.
Buat kawan-kawan saya fresh graduate yang baru nak mulakan hidup, nasihat saya jangan habiskan gaji kita pada kereta hanya untuk kepuasan diri dan impresskan orang sekeliling. Ada kereta mahal bukan petanda hidup anda berjaya.
.
Jangan terikut-ikut dengan sekeliling. Selalu amalkan formula setahun gaji untuk tahu harga kereta yang sesuai untuk kita. Usah malu untuk guna kereta second hand pun atau cuma ada motor sahaja. Biar kereta tak lawa, janji kita tahu apa tujuan hidup kita.
Fokus kumpulkan aset, bukan liability.
.
Sekarang zamannya untuk kita banyakkan simpanan. Kita tak tahu apa pula yang akan terjadi nanti. Pandemik ini dah cukup sangat nak sedarkan kita dari tidur yang panjang. Jelaskan matlamat hidup kita teman.
.
Ahmad Nizar Azham,
Kita tak hidup dengan pujian dan kejian orang.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo