NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mat Sabu sedang berbohong bila tuduh Pas parti pembohong terbesar




KUALA KEDAH: Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu mendakwa kemenangan besar diraih Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu bersama Perikatan Nasional (PN) adalah kerana parti itu merupakan pembohong terbesar.

Dakwa Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu, individu yang paling kuat berbohong dalam parti itu merupakan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Mohamad berkata, beliau merasa kesian kepada Abdul Hadi kerana di penghujung umurnya, Ahli Parlimen Marang itu suka berbohong dan pembohongan tersebut diterima dan dipercayai oleh orang Melayu.

“Saya hormat sepenuhnya ulama khasnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Fadzil Noor serta ulama-ulama lain di Kedah ini. Abdul Hadi ini juga seorang ulama tetapi kesian padanya kerana di hujung umur ini beliau suka berbohong dan pembohongan itu orang Melayu percaya.

“Mereka bohong kerana cakap tentang agama tetapi masa memerintah, judi dinaikkan daripada lapan kali cabutan kepada 22. Apabila dibangkitkan dalam Parlimen, ‘seseorang’ dari Pendang kata mereka tak setuju dengan perkara itu kerana yang naikkan jumlah cabutan adalah Menteri Kewangan yang kini bersama kerajaan iaitu Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

“Maka Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim jawab bahawa mereka yang memerintah akan ada dalam Mesyuarat Kabinet tetapi tak ada pula dalam laporan Kabinet tunjuk menteri dari Pas membantah ketika itu,” katanya ketika menyampaikan ceramah dalam Karnival Jelajah Perpaduan Rakyat di Padang Awam, Taman Kota Nelayan di sini, malam tadi.

Tambahnya, kalangan anak muda serta orang Melayu kemudiannya terperangkap dengan pembohongan dan persepsi yang dibina kerana ia dilakukan dalam keadaan berserban dan berkopiah putih.

“Mereka hidup atas pembohongan yang memerangkap anak-anak muda. Ada juga pihak yang berkempen kononnya kalau Pakatan Harapan (PH) menang, pelajar kena pakai skirt.

“Dalam PRU15, Pas paling banyak duit sampai saya pun hairan. Wang dan propaganda bohong inilah yang memerangkap persepsi orang Melayu kononnya mereka dalam bahaya, DAP nak kuasai Malaysia, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan sebagainya,” katanya.

Beliau juga mendakwa parti-parti politik lain enggan bergabung dengan Pas kerana sifatnya yang ekstrem hingga mendatangkan ketakutan kepada pihak lain.

“Ini berbeza dengan Anwar yang mana beliau dalam perutusan tahun baharu kemukakan surat Saidina Ali Abi Talib kepada Gabenor Mesir, Malik Al-Ashtar yang menekankan pentingnya prinsip tatakelola dan tadbir urus baik. Itu jelas menunjukkan beliau mahu mulakan sesuatu iaitu mewujudkan nilai-nilai Islam pada umat Islam.

“Tetapi di pihak satu lagi hanya kerana nak menang PRU, maka buat tuduhan kamu itu komunis dan kamu LGBT. Apa dasar hendak dikemukakan pun kita tak tahu,” katanya. – UTUSAN

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo