“Zahid nak tipu siapa lagi?”

Raggie Jessy Rithaudeen

ŲŖŲ±ŲØŁˆŚ ŁƒŲ±! Ų³ŁˆŲ±ŲŖ Ų§ŁƒŁˆ Ų¬Ł†Ų¬ŁŠ ŲµŲ­ ŁˆŲ¬ŁˆŲÆ، Ų³Ų§ŲŖŁˆ Ł…Ł„ŁŠŲ³ŁŠŲ§ ŁƒŁ†Ų§ ŁƒŁ†Ś†ŁŠŚ  ŲÆŚ Ł† Ų²Ų§Ł‡ŁŠŲÆ

Pada 3hb November 2022, sebelum Pilihan Raya Umum ke-15, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan bahawa calon Barisan Nasional perlu menandatangani sebarang surat aku janji.

Menurut Zahid, dalam usaha BN menyebarkan kebenaran, terdapat pihak yang gigih menularkan surat aku janji palsu yang kononnya perlu ditandatangani oleh calon UMNO.

Namun, pada Perhimpunan Agung UMNO kali ini, Zahid mengesahkan bahawa calon Barisan Nasional sememangnya perlu dań telah menandatangani dokumen perjanjian dan akuan bersumpah serta akujanji.

Secara efektif, Zahid mengaku bahawa beliau telah “kencing satu Malaysia” sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 berhubung kewujudan “surat aku kanji.”

Persoalannya, bukankah SPRM harus mengambil tindakan segera, memandangkan agensi pencegahan rasuah itu membuka kertas siasatan bagi menyiasat kesahihan surat aku janji yang dimaksudkan?

Inilah Zahid Hamidi – menipu, menipu dan terus menipu bagi menghalalkan cara.

Zahid menggunakan “surat aku janji “ ini sebagai alasan untuk menghalalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan.

Menurutnya, disebabkan dokumen ini wujud, semua kerusi yang dimenangi oleh Barisan Nasional adalah hak mutlak parti.

Zahid kemudian mendakwa Barisan Nasional berbincang dan bersetuju untuk membentuk kerajaan bersama PH dengan rakan-rakan dari Sabah dan Sarawak.

Bukankah ini satu lagi pembohongan?

Setakat yang saya maklum, Zahid mengadakan satu mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional sehari sebelum menghadap Yang Di-Pertuan Agong.

Dalam mesyuarat itu, ketetapan dibuat bahawa Barisan Nasional akan duduk sebagai pembangkang dan tidak menyokong Perikatan Nasional mahupun Pakatan Harapan.

Namun, pada keesokkan harinya, Zahid mengutus satu warkah rahsia kepada Yang Di-Pertuan Agong bagi mengisytiharkan, secara palsu, bahawa kesema ahli parlimen Barisan Nasional menyokong pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Apabila warkah ini terbongkar, hampir semua MP terbabit menjadi berang, dan ada di antara mereka menuntut agar Zahid meletakkan jawatan sebagai pengerusi BN.

Namun, Zahid mempertahankan diri dengan mendakwa kononnya Yang Di-Pertuan Agong menitahkan agar Barisan Nasional terlibat dalam kerajaan bersama Pakatan Harapan.

Hakikatnya, Zahid telah memperdaya Yang Di-Pertuan Agong dan juga ahli-ahli parlimen Barisan Nasional bagi menaikkan Anwar sebagai Perdana Menteri.

Bukankah ini rentetan peristiwa yang sebenar?

Zahid nak tipu siapa lagi?

Sumber :