NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anjing K9 operasi Batang Kali dianugerah pingat ‘Hero Malaysia’

Pasukan anjing pengesan (K9) bomba menunjukkan pingat dan sijil yang diterima.


PETALING JAYA: Pasukan anjing pengesan (K9) bomba yang terbabit dalam operasi mencari mangsa tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Hulu Selangor, bulan lalu dianugerahkan pingat “Hero Malaysia”.

Enam anjing iaitu Blake, Grouse, Denti, Lady, Pop dan Frankie serta jurulatih menerima pengiktirafan terbabit daripada Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM).

Anugerah disampaikan Presiden SAFM Kalaivanan Ravichandran dalam satu pertemuan dengan pihak terbabit pada 13 Jan lalu.

SAFM berkata, pihaknya berterima kasih dan menghargai sumbangan pasukan terbabit yang bertungkus lumus membantu mencari mangsa.

“Anjing merupakan seekor haiwan yang amat berguna dan telah menolong menyelamatkan nyawa manusia, tidak kira bangsa atau kaum,” katanya dalam kenyataan.

Tragedi di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm pada 16 Dis lalu membabitkan 92 mangsa dengan 61 daripadanya terselamat manakala 31 lagi terkorban.

Jasa enam anjing K9 itu cukup besar membantu mengesan 31 mangsa terkorban dalam kejadian itu dengan menggunakan kelebihan deria bau.


Sumber I FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo