NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PBM Pahang umum bubar jawatankuasa negeri, hilang kepercayaan kepada presiden

Mohd Faizal Helmi


KUANTAN, 14 Jan (Bernama) -- Parti Bangsa Malaysia (PBM) Pahang mengumumkan pembubaran jawatankuasa negeri dan lapan bahagian yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan. 

Ketua Penerangan PBM Pahang Mohd Faizal Helmi memaklumkan Bernama bahawa keputusan itu dibuat selepas dipersetujui sebulat suara dalam mesyuarat khas Majlis Pimpinan parti yang berlangsung hari ini.

“Pembubaran itu dibuat berikutan rasa kecewa dan hilang kepercayaan kepada Presiden PBM (Datuk Larry Sng Wei Shien) yang memungkiri janji memberi laluan kepada pengasas PBM Datuk Zuraida Kamaruddin untuk memimpin parti,” katanya.

Lapan bahagian yang dibubarkan ialah Raub, Indera Mahkota, Kuantan, Paya Besar, Temerloh, Bentong, Bera dan Rompin.

Mohd Faizal berkata pembubaran itu telah dimaklumkan dalam surat PBM Pahang yang ditandatangani oleh Naib Pengerusi Dasimah Zainudin kepada Setiausaha Agung parti.


- BERNAMA 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo