NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tunai segera tuntutan hasil 40 peratus kepada Sabah

KOTA KINABALU: Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Anifah Aman menyarankan kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri Sabah untuk memberi keutamaan kepada pelaksanaan Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, di bawah Perkara 112C dan 112D, Sabah berhak menerima geran 40 peratus daripada keseluruhan hasil yang dikutip oleh kerajaan Persekutuan dari Sabah.

Malah, dalam memorandum yang dikemukakan kepada kerajaan Persekutuan hari ini, PCS mengingatkan kerajaan bahawa Perkara 112C dan Perkara 112D antara jaminan dalam Perlembagaan yang diberikan kepada Sabah bagi membentuk kerajaan Persekutuan Malaysia.

Tanpa jaminan itu, Sabah tidak akan bersetuju dengan pembentukan berkenaan.

“Malah, jika dilihat kerajaan Persekutuan tidak membayar kutipan hasil itu sejak 1973 hingga menyebabkan kerajaan Sabah tidak memperoleh dana yang mencukupi bagi membangunkan sendiri negeri ini,” katanya.

Bekas Menteri Luar itu berkata, Kerajaan Persekutuan juga dilihat gagal menyemak semula geran yang telah dipersetujui maka, ia telah melanggar Perlembagaan.

“Bagaimanapun, jaminan yang diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Kerajaan Persekutuan akan menghormati dan melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dilihat akan memberi sinar baharu kepada semua rakyat di negara ini,” katanya.

Justeru, Anifah berharap semua isu-isu berkaitan MA63 dapat diselesaikan menjelang 2023 bagi membolehkan rakyat Malaysa fokus kepada perpaduan dan melangkah maju ke hadapan. – UTUSAN

 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo