NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ahmad Jazlan dilantik semula pengerusi Felcra selepas diberhentikan atas arahan Kabinet

PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan pelantikan semula bekas Ahli Parlimen Machang Ahmad Jazlan Yaakub sebagai Pengerusi Felcra.

Zahid berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kehendak perwakilan Koperasi Peserta-Peserta Malaysia Berhad.

Beliau berkata, biarpun Jemaah Menteri memutuskan supaya semua jawatan politik dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ditamatkan, atas kehendak ahli koperasi itu, pertimbangan bagi lantikan semula itu diberikan.

“Saya tak boleh untuk tak setuju untuk memberikan kepercayaan semula kepada (Datuk) Ahmad Jazlan. Dengan ini saya mengarahkan ketua setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (Datuk Ramlan Harun) untuk mengeluarkan surat pelantikan semula dengan sesegera yang mungkin, tertakluk kepada persetujuan menteri kemajuan desa dan wilayah.

“Menteri sudah bersetuju atas arahan timbalan perdana menteri. Tidak mustahilah Datuk KSU segera menyempurnakan lantikan semula itu,” katanya menurut Berita Harian.

Felcra Berhad pada 3 Okt tahun lalu mengumumkan pelantikan Jazlan sebagai pengerusi baharunya.

Lembaga Pengarah Felcra Berhad berkata, pelantikan Jazlan, 58, adalah langkah strategik bagi memacu komitmen pengurusan tertinggi dalam menjayakan pelan transformasi dan hala tuju ke arah kelestarian syarikat.

Khamis lalu, Ketua Setiausaha Negara, Zuki Ali, mengeluarkan pekeliling kepada ketua setiausaha setiap kementerian mengatakan Jemaah Menteri telah bersetuju dengan penamatan serta-merta kontrak lantikan politik.

Menerusi surat berkenaan, penamatan itu membabitkan jawatan bagi badan berkanun persekutuan, syarikat menteri kewangan (diperbadan), syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC)


Komen : Anwar dulu popular dengan istilah kronisme, Zahid Hamidi merupakan Salah seorang dlm list kroni Anwar

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo