NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lim Kit Siang tanpa sembunyikan hasrat lihat Malaysia sebagai Negara Bukan Islam

LIM KIT SIANG TANPA SEMBUNYIKAN HASRAT INGIN LIHAT MALAYSIA SEBAGAI BUKAN NEGARA ISLAM, TIMBULKAN KEMARAHAN RAKYAT MALAYSIA

Kejayaan cemerlang Perikatan Nasional di empat negeri menggusarkan pihak Pakatan Harapan khususnya Lim Kit Siang yang lemas melihat Gelombang Rakyat atau Tsunami Melayu. Beliau andaikan gelombang semasa PRU15 sebagai Gelombang Hijau merujuk ketakutan beliau kepada PAS.

Atas kebimbangan ini beliau terus membina persepsi buruk atas apa yang berlaku sebagai proses ke arah Islamisasi yang diperjuangkan oleh PAS. Beliau lantas menyuarakan hasrat jahat beliau tidak mahu melihat Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Jelas tindakan jahat Lim Kit Siang ini telah menimbulkan kemarahan khususnya orang-orang Melayu yang keseluruhannya beragama Islam. Tindakan Lim Kit Siang dilihat memperlekehkan Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan Islam adalah Agama Persekutuan. 

Perkara 3. Agama bagi Persekutuan.
(1) Islam adalah agama Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan harmoni di mana-mana bahagian Persekutuan.

Maka apa-apa usaha melanggari Perlembagaan Persekutuan adalah sangat dikecam dan melanggari jatidiri warganegara Malaysia.

Sewajarnya Lim Kit Siang perlu didakwa dan diheret kepada pihak berkuasa atas kesalahan meleceh dan melanggari Perkara-perkata dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bagi umat Islam khususnya melihat tindakan Lim Kit Siang seolah-olah menghina orang Melayu kerana mengaitkan Islam dengan "kebencian, perkauman, ketakutan dan pembohongan".

Pandangan jahat Lim Kit Siang mengenai negara Islam adalah juga kerana ia adalah bertentangan perjuangan DAP yang berhasrat membentuk sebuah negara Demokrasi Sekular. Hasrat ini bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Adalah diingatkan kepada Lim Kit Siang bahawa Gelombang Hijau itu adalah benar. Keceluparan dan keangkuhan Lim Kit Siang akan dibalas dengan kebangkitan anak muda sebagai pencetus Gelombang Hijau atau Tsunami Melayu dalam PRN pada tahun hadapan.

Lim Kit Siang bersama DAP akan sentiasa mencari jalan untuk menghalang usaha ke arah negara Islam dengan mengurangkan amalan dan syiar Islam dalam kalangan umat Islam. 

Pada masa yang sama juga pihak DAP pula akan berterusan mendesak segala perkara yang dilarang Islam untuk diadakan seperti Oktoberfest, Bon Odori dan macam-macam lagi.

Pihak DAP melihat model negeri Sejahtera oleh Kedah, Kelantan dan Terengganu sebagai satu model negeri yang berjaya menambat hati sebilangan besar rakyat Melayu. Tambahan pula negeri-negeri ini telah berjaya menutup kedai-kedai judi yang mana hampir semua pengusaha kedai-kedai judi adalah pengusaha berbangsa Cina.

Sehubungan itu adalah diharapkan persepsi jahat DAP tidak dapat meracuni fikiran generasi muda untuk menjadikan mereka balaci kepada doktrin Demokrasi Sekular DAP.

Ditulis oleh
THORIQ MISHARY

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo