NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Amerika dedah ribuan dokumen sulit pembunuhan Kennedy kepada umum

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) kelmarin mendedahkan beribu-ribu dokumen berkaitan pembunuhan Presiden negara itu yang ke-35, John F Kennedy kepada umum, lapor portal berita Wion News.

Arkib Negara menyatakan, sejumlah 13,173 atau 97 peratus dokumen  mengenainya dibuka untuk tatapan orang awam, namun White House masih menahan beribu-ribu dokumen atas faktor keselamatan.

Bekas Presiden AS itu dibunuh pada 22 November 1963 di Dallas dan Suruhanjaya Warren yang menyiasat pembunuhannya memutuskan bahawa bekas penembak tepat Tentera Marin, Lee Harvey Oswald  menembak Kennedy.

Oswald bertindak sendirian, kata suruhanjaya sama.

Namun, kesimpulan rasmi itu tidak banyak membantu untuk menghentikan teori konspirasi yang tersebar selama beberapa dekad termasuk  dakwaan terdapat komplot lebih jahat di sebalik pembunuhan bekas Presiden AS itu.

Presiden Joe Biden berkata,  bilangan dokumen terhad akan terus ditahan daripada pengetahuan umum atas permintaan beberapa agensi.

Permintaan sebelum ini untuk menahan dokumen tersebut daripada didedahkan dibuat oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

“Penangguhan sementara pendedahan maklumat sedemikian perlu untuk melindungi daripada bahaya yang boleh dikenal pasti terhadap pertahanan, operasi perisikan dan penguatkuasaan undang-undang ,” kata Biden.

Ahli-ahli akademik yang mengkaji pembunuhan Kennedy berpendapat bahawa dokumen yang ditahan daripada pengetahuan umum itu tidak mengandungi sebarang maklumat menggemparkan. – Agensi 


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo