NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rafizi U-Turn Pasal LCS


SHAH ALAM -
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli membidas pihak yang mempersoalkan pendiriannya berhubung isu skandal projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS).

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, beliau sudah pun selesai melakukan pendedahan berkenaan kemungkinan berlakunya penyelewengan dalam projek tersebut dan susulan daripada itu, ada pihak telah didakwa manakala terdapat siasatan yang masih berjalan.

“Fokus sekarang siapkan dua hingga tiga LCS dengan wang berbaki,” katanya yang juga Menteri Ekonomi menerusi satu ciapan ringkas di Twitternya pada Khamis.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai membalas ciapan seorang pengguna Twitter yang mempersoalkan status pendedahannya berkenaan skandal projek pembinaan kapal terbabit.

Media sebelum ini, melaporkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menyatakan kerajaan telah membayar RM6.083 bilion untuk lima LCS kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) bagi projek runding terus itu, namun tiada kapal diterima setakat ini.

Laporan dikeluarkan pada 4 Ogos lalu turut menyenaraikan sembilan rumusan sebagai punca kepincangan projek pembinaan enam LCS bagi kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bernilai RM9 bilion.

Susulan itu, Rafizi pada pertengahan Ogos lalu mula membuat beberapa siri pendedahan mendakwa berlakunya keraguan membabitkan beberapa syarikat yang terlibat dalam projek berkenaan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan pada 10 Disember lalu berkata, kerajaan akan tetap meneruskan pembinaan LCS yang menurutnya merupakan aset strategik bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, beliau akan menerima taklimat berhubung projek tersebut Dan seterusnya melakukan penelitian bagi memastikan kapal terbabit dibina dan disiapkan dalam keadaan terbaik.

Pada 2 Oktober lalu, bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjelaskan fasa mobilisasi projek LCS selama enam bulan bermula Jun 2022 menunjukkan perkembangan positif dan berjalan lancar selari dengan syor oleh beberapa pihak berkepentingan.

Beliau sebelum itu pada 8 Ogos lalu berkata, kapal pertama daripada enam unit LCS diharap dapat disiapkan dalam tempoh satu atau dua tahun lagi untuk diserahkan kepada TLDM.


........
Komen: Lidah cabang


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo