NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Turki tahan 44 ejen Mossad Israel

ANKARA, 20 Jamadilawal 1444H, Khamis – Perisik dan polis Turki menahan 44 individu yang dipercayai bekerja untuk agensi perisikan Mossad Israel bagi mengintip warga Palestin yang tinggal di negara itu.

Akhbar Turki, Daily Sabah melaporkan, semua suspek berpura-pura bekerja sebagai perunding swasta bagaimanapun misi sebenar mereka untuk memantau rakyat, kumpulan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikendalikan Palestin.

Laporan itu berkata, semua individu itu dibayar oleh Mossad bagi mengintip sasaran Palestin dan menyerahkan maklumat serta data peribadi kepada pengendali Israel.

Katanya, mahkamah Istanbul secara rasmi menahan tujuh daripada semua suspek, 13 lagi bebas dan selebihnya sedang disoal siasat oleh bahagian antikeganasan polis Istanbul.

Menurut akhbar itu, salah seorang suspek utama – yang dikenal pasti sebagai IY – menubuhkan persatuan penyiasat swasta di Turki pada pertengahan 2000-an dan kini menjalankan syarikat penyiasatan swastanya sendiri.

Pada Oktober 2021, agensi perisikan Turki, MIT menangkap 15 lelaki yang dituduh pengintip Mossad, termasuk warga Palestin yang hilang selama sebulan. – Agensi

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo