NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pembentukan Kabinet: Abang Johari beri bayangan empat MP GPS dilantik jawatan menteri penuh


KUCHING:
Gabungan Parti Sarawak (GPS) memberi bayangan empat wakil rakyat gabungan itu akan dilantik sebagai menteri penuh dalam barisan kabinet Kerajaan Persekutuan dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelas Pengerusinya, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, GPS telah menyatakan keinginan parti itu untuk mengekalkan pelantikan menteri berdasarkan jumlah dalam Kerajaan Persekutuan sebelum ini.

“Setakat ini saya tidak dengar apa-apa dari sana (Semenanjung), kemungkinan besar kita akan kekalkan jumlah yang sama.

“Sebelum ini kita ada empat orang Ahli Parlimen yang dilantik sebagai menteri penuh antaranya Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan ucapan penggulungan Kementerian Kewangan dan Ekonomi Baru di DUN Sarawak di sini pada Khamis.

Tambah Abang Johari, beliau tidak mempunyai maklumat individu yang akan menjawat jawatan menteri dan menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Perdana Menteri.

“Hanya Perdana Menteri yang tahu siapakan yang akan menggantikan Wan Junaidi, kita (GPS) hanya meminta untuk kekalkan jumlah Menteri, ia bergantung kepada beliau (Anwar),” ujarnya lanjut.

Sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), empat ahli parlimen Sarawak daripada GPS telah dilantik sebagai menteri penuh dalam barisan kabinet Kerajaan Persekutuan.

Mereka ialah Datuk Seri Fadillah Yusof sebagai Menteri Kanan Kerja Raya; Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP); Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Menteri Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) serta Datuk Seri Nancy Shukri (Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya).


........
Komen: Beli hati GPS, biar anak sendiri kelaparan


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo