NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

6 Jan keputusan Anwar dapat dokumen daripada bekas pembantu atas tuduhan serangan seks


KUALA LUMPUR:
Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 6 Jan depan untuk keputusan permohonan Anwar Ibrahim mendapatkan beberapa dokumen berhubung saman difailkan bekas pembantu penyelidiknya atas dakwaan serangan seksual.

Peguam Navpreet Singh yang mewakili Anwar berkata, Pesuruhjaya Kehakiman Johan Abdullah menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah kedua-dua pihak menerusi prosiding dalam talian.

Katanya, perdana menteri meminta beberapa dokumen daripada Yusoff Rawther seperti dalam pernyataan tuntutannya, antaranya akuan berkanun (SD) bertarikh 19 Nov 2019.

Peguam Mahajoth Singh mewakili Yusoff.

Dalam pemfailan mahkamah, Anwar menyatakan dokumen yang diminta itu penting untuk mengesahkan “fakta kejadian” yang didakwa Yusoff dalam pernyataan tuntutannya.

Kata Navpreet, permohonan lain Anwar untuk menyoal siasat Yusoff ditarik balik dengan kos RM1,000 dibayar kepada plaintif.

Yusoff memfailkan saman terhadap presiden PKR itu atas dakwaan Anwar menyerangnya secara seksual 10 hari sebelum beliau memenangi pilihan raya kecil Port Dickson pada 13 Okt 2018.

Beliau mendakwa mengalami trauma fizikal, psikologi dan sosial yang serius susulan kejadian di kediaman Anwar di Segambut.

Anwar, yang dilantik sebagai perdana menteri seminggu lalu, menafikan dakwaan itu dan memfailkan saman balas.

 


 


 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo