NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ahli Parlimen PN jadi ‘pengawas’ setiap kementerian, kata Takiyuddin

 


PETALING JAYA:
Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) akan dilantik untuk memantau setiap kementerian bagi memastikan gabungan itu menjadi pembangkang yang konstruktif dan efektif kepada kerajaan diterajui Pakatan Harapan (PH).

Ahli Majlis Tertinggi PN, Takiyuddin Hassan, berkata peranan PN sebagai pembangkang akan diagihkan dalam kalangan 73 Ahli Parlimennya.

“Kita mempunyai 73 Ahli Parlimen…mungkin tiga orang akan ‘incharge’ (pantau) satu kementerian dan sebagainya.

“Apa yang penting adalah pemantauan dalam kalangan Ahli Parlimen PN ke atas sesuatu kementerian. Kita juga akan memberi cadangan apatah lagi kita pernah ada dalam kerajaan sebelum ini,” kata setiausaha agung PAS itu menurut Berita Harian.

Sebelum ini Ketua Penerangan PAS, Khairil Nizam Khirudin, berkata PN dalam usaha menyusun “Kabinet bayangan” untuk bertindak sebagai semak dan imbang kepada kerajaan perpaduan dipimpin PH.

Beliau berkata, PN sedia memainkan peranan sebagai pembangkang yang konstruktif, kolaboratif, bertanggungjawab dan setia demi menjamin kemaslahatan negara.

Beliau juga yakin kerjasama antara kerajaan dan pembangkang boleh terjalin seperti sebelum ini untuk bersama menyelesaikan masalah negara dan mengangkat Malaysia kembali ke persada dunia.


 


 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo