NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ketua Pengarah JPA Shafiq Abdullah dipecat

Sumber berkata surat pemecatan sudah dikeluarkan kepada Shafiq Abdullah, 58, hari ini tetapi ia tiada kena mengena dengan pertukaran kerajaan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kerajaan dipercayai menamatkan perkhidmatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Shafiq Abdullah berkuatkuasa hari ini.

Menurut sumber, tindakan itu diambil atas nasihat lembaga disiplin yang membuat keputusan sebelum pilihan raya umum ke-15.

“Bagaimanapun, kerajaan sebelum ini menunggu pilihan raya tamat sebelum membuat keputusan,” kata sumber kepada FMT.

Shafiq sebelum ini terbabit dengan satu kontroversi selepas seorang pegawai imigresen mengadu Shafiq mengherdiknya ditempat awam. Satu jawatankuasa tertinggi kemudiannya ditubuhkan untuk menjalankan siasatan.

Namun, tidak dipastikan tindakan terhadap Shafiq itu mempunyai kaitan dengan insiden tersebut. Satu aduan rasmi difailkan oleh Jabatan Imigresen yang kemudiannya disusuli satu siasatan yang diarahkan oleh Ketua Setiausaha Negara Malaysia Mohd Zuki ALi.

Panel siasatan diketuai Peguam Negara Idrus Harun dan dianggotai Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Azam Baki dan Ketua Audit Negara, Nik Azman Nik Abdul.

Shafiq adalah ketua pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, agensi persekutuan untuk menguruskan pelbagai perkhidmatan awam negara.

Beliau adalah ketua setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum dilantik mengetuai JPA pada Februari lalu.


Sumber I FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo