NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kemiskinan Haid di Pejabat Menteri? Ini cadangan bernas bekas calon PAS

Pertama sekali saya ucapkan tahniah kepada YB Menteri Kesihatan diatas tindakan pertama selepas dilantik adalah dengan menangani isu kemiskinan haid. Ramai yang masih lagi tidak faham apa itu kemiskinan haid?

Kemiskinan haid atau “period poverty” adalah situasi apabila individu menghadapi kesukaran mendapatkan tuala Wanita akibat kekangan kewangan. Kajian juga menunjukkan 1 daripada 4 wanita berusia 13-35 tahun menghadapi masalah kemiskinan haid. 

Tapi saya nak tegur sikit YB Menteri, kenapa mula dengan letak dipejabat Menteri? Ramai ke yang ada masalah kemiskinan haid di Pejabat Menteri? Siapa yang nasihat YB Menteri ni?

Sepatutnya Menteri sediakan tuala wanita percuma ni di tempat yang mudah diakses golongan sasar sebenar. Saya cadangkan YB Menteri boleh letak pertimbangkan kaedah pengedaran berikut : 

1. PPR dan kawasan perumahan kos rendah seluruh negara.
2. Sekolah harian dan asrama.
3. Hospital dan Klinik kesihatan KKM.
4. Tandas Masjid dan Surau seluruh negara.
5. Kerjasama dengan NGOs. 

Saya berharap Menteri boleh berbincang dengan pegawai dan juga pakar-pakar yang banyak buat kajian mengenai “Period Poverty”. Jangan nak gimik sangat sampai tindakan kelaut. Menteri Kesihatan jangan jadi Menteri kartun. 

Sekian Terima Kasih

Nurul Islam Mohamed Yusoff
Leicester UK.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo