NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mohd. Shafiq ditamat perkhidmatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam demi "Kepentingan Awam"

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan Datuk Seri Mohd. Shafiq Abdullah sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berkuat kuasa hari ini.

Perkara itu dimaklumkan dalam satu surat kepada Mohd. Shafiq yang ditandatangani Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali bertarikh 1 Disember lalu.

Surat berkenaan menyebut sedemikian atas perkara Penamatan Demi Kepentingan Awam Di Bawah Peraturan 49(3) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U (A) 395/1993] Dan Dibersarakan Mengikut Perenggan 10(5)(D) Akta Pencen 1980 [Akta 277].

Surat itu turut memberitahu penamatan Mohd Shafiq sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred Utama Turus 1 (Memangku) demi kepentingan awam di bawah peraturan yang disebutkan di atas.

Mohd. Shafiq dilantik memegang jawatan itu pada 10 Februari lalu menggantikan Tan Sri Mohd. Khairul Adib Abd. Rahman yang bersara wajib pada 16 Jan 2022. – UTUSAN


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo