NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ketua Muda Perak dipecat kerana ‘Langkah Tapah’


Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) memecat salah pengasasnya Mutalib Uthman  sebagai pengerusi negeri Perak.

Penggiat buku Indie sebelum terjun ke bidang politik itu juga digantung keanggotaan parti selama tiga tahun, bermula semalam.

Semua ini gara-gara tindakannya mengumumkan bertanding di Tapah dalam pilihan raya umum lalu, ketika parti itu masih berunding kerusi pilihan raya dengan Pakatan Harapan (PH).

Setiausaha Agung Amir Abd Hadi berkata tindakan Mutalib itu melanggar perlembagaan parti yang menetapkan supaya anggotanya menghormati keputusan dan memelihara nama baik serta maruah parti.

Sementara itu, Amir juga menuduh Mutalib “menunjukkan niat untuk melakukan sabotaj kepada parti” dengan menukar kata laluan akaun rasmi Muda Perak.

“Beliau juga, selepas dihubungi, menolak untuk menurunkan poster yang telah dinaikkan, dan hanya akan menurunkan sekiranya dijanjikan kerusi dalam pilihan raya,” dakwanya.

Amir bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada Mutalib yang telah bersama parti itu sejak hari pertama.

“Untuk itu, Muda mengucapkan ribuan terima kasih. Sebarang keputusan rayuan kepada

keputusan JKEP (Jawatankuasa Eksekutif Pusat (JKEP) ini, akan diputuskan usai rayuan diterima,” katanya.


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo