NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Johari ganti Rafizi sebagai menteri ekonomi untuk kebaikan kerajaan PH


Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan menggesa perdana menteri menggantikan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Rafizi Ramli yang disifatkannya sebagai angkuh dan tidak kompeten.

Menurutnya, kerajaan harus menumpukan usaha membantu rakyat tanpa mengira fahaman politik, dan bukannya bermatlamat untuk membuatkan sesiapa "terduduk".

"Semasa Muhyiddin Yassin dan Perikatan Nasional (PN) memegang kuasa, kita prihatin menjaga kebajikan semua rakyat dan kita langsung tak pernah terniat supaya PH 'terduduk'.

"Tak kira PN atau PH, semua kita bantu. Itulah beza kerajaan PN yang adil dan PH-BN yang angkuh dan tidak kompeten.

"Sifat angkuh PH-BN inilah yang menyebabkan mereka sentiasa salah target (sasaran). Target sebenar sepatutnya menghasilkan idea bantu rakyat. Tapi disebabkan angkuh, target PH-BN masih lagi nak balas dendam jika ada orang kritik mereka," katanya di Facebook hari ini.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu mengulas ciapan Twitter oleh Rafizi awal minggu ini bahawa pemimpin PN akan "terduduk" selepas dijelaskan mengenai mekanisme kawalan harga.

Hentikan politik balas dendam

Wan Saiful seterusnya membidas kerajaan yang disifatkannya mengamalkan "politik balas dendam" terhadap pengkritik.

"Sepatutnya pada masa ini, lihatlah bagaimana nak mulakan supply-side reform supaya kita ada penyelesaian jangka panjang berkaitan harga barang.

"Dasar berkaitan insentif, percukaian, subsidi, peraturan eksport, semuanya adalah perkara yang boleh kerajaan gunakan untuk bantu rakyat," katanya.

Wan Saiful turut menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggantikan Rafizi dengan Ahli Parlimen Titiwangsa Johari Abdul Ghani, untuk menerajui portfolio menteri ekonomi.

"Johari jauh lebih berwibawa dan tidak kebudak-budakan sehingga nak buat sesiapa 'terduduk' semata-mata sebab dendam politik," katanya.

Rafizi baru-baru ini menyangkal dakwaan bahawa dia bermaksud mencadangkan orang ramai berhenti membeli ayam untuk membantu menghentikan kenaikan harga berkaitan inflasi.

Timbalan presiden PKR itu menjelaskan bahawa dia sebaliknya menggalakkan usaha kolektif oleh orang ramai dan kerajaan untuk memerangi inflasi.

........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo