NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Januari 2023

Januari 2023

Esok
Kau pasti muncul
Mewarnai kehidupan baru
Meluputkan memori lalu
Walau banyak peristiwa suka duka pada 2022
Semua insan 
Tetap menanti
Dengan tekad dan azam baru
Penuh keyakinan dan iltizam Membasuh luka hari hari semalam
Membawa sinar baru
Lebih kemilau dan bercahaya
Memadamkan kegelapan 
Malam malam yang dulu

Lalu
Hati kecil ini
Bertanya
Masih adakah esok lagi 
Seperti selalu diulit mimpi syahdu
Atau
Sudah tiada lagi kesempatan
Untuk meneruskan baki kehidupan

Maka
Berkatalah hati nurani
Wahai insan berhati mulia
Lagi bijaksana
Pintu kebenaran
Masih luas terbuka
Sedar dan bangkitlah dari lamunan
Bumi tercinta ini
Harus dipertahankan
Dari terus dibuai
Kealpaan duniawi
Keseronokan sementara
Kemaksiatan yang sering Mengaburi mata
Oleh sipelaku 
Yang sentiasa 
Menunggu masa dan ketika
Mengheret manusia dalam noda Dan dosa

Ayuh
Kuatkan benteng iman
Binalah tembok keinsafan
Berbekalkan keringat
Dan semangat juang
Selamatkan maruah anak bangsa Dari terus dibuai bayu kesesatan

Justeru
Masih ada jiwa kental yang menadah tangan memohon keampunan
Dengan tangis dan sedu sedan 
Agar Yang maha kuasa
Masih memberi rahmat buat negara Tercinta ini

Buat kesekian kalinya
2023 ini
Semoga terus mencipta jaya
Mengangkat perjuangan suci
Menegakkan martabat agama 
Menjulang maruah ilmuan dan ulamak
Kerana akhirnya
Kita bakal berkampung
Di alam akhirat
Yang kekal dan abadi

Ust Md Ali Jamil
Rabu 9.52 pagi
28 Disember 2022.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo