NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Menjawab fitnah isu 'ucapan' Hari Natal

“ Sambut “ dan “ Ucap “ adalah dua perkataan yang membawa makna atau maksud yang cukup berbeza. Perbezaan ini boleh membawa kepada kekeliruan, membawa maksud yang salah dan malah boleh menimbulkan fitnah jika tidak diselidiki dengan tepat dan benar.
Berita asal yang dikeluarkan Sinar Harian pada 24 Disember 2018 yang bertajuk “ Umat Islam dilarang sambut Hari Krismas “ adalah betul, yang membawa maksud orang - orang Islam dilarang menyambut hari krismas kerana ia adalah bertentangan dengan akidah Islam dan ianya amat jauh berbeza dengan yang dipaparkan oleh The Malaysia Insight.

Tiada langsung dinyatakan dalam berita tersebut bahawa saya menyatakan adalah haram diucapkan kerana ianya dibolehkan kepada orang - orang tertentu seperti pemimpin masyarakat sebagaimana yang diucapkan oleh Setiausaha Agung PAS Dato’ Seri Takiyuddin Hassan baru - baru ini.

Malah kenyataan saya ketika itu turut disokong oleh beberapa orang Mufti termasuk oleh Ustaz Azhar Idrus kerana menyambut Hari Krismas sebagaimana disambut oleh penganut agama Kristian adalah bertentangan dengan akidah Islam dan dilarang oleh agama.

Adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai orang Islam dan tahu mengenai hukum Islam memberi peringatan kepada saudara seagama agar berhati - hati dalam masalah agama khususnya akidah dan tidak menyambut bukan bererti tidak menghormati agama lain selain Islam.

Oleh itu usahlah timbulkan isu lama apatah lagi ia jauh menyimpang dari kenyataan mahupun kata - kata asal hanya kerana untuk memperolehi sekelumit keuntungan. Gunakanlah masa dan tenaga yang ada untuk memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.

Sinar Harian.


The Malaysian Insight.


Pandangan Para Mufti.




Sumber : FB

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo