NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kes Ebit Lew: Rampasan dokumen LGMS dipertikai pihak pembelaan

Ebit pada 18 Februari lalu didakwa atas 11 pertuduhan termasuk dakwaan mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 41 tahun di Tenom.- Fail Astro AWANI


TENOM: Pihak pembelaan hari ini mempertikaikan tindakan polis merampas dokumen daripada syarikat LGMS bagi kes gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew yang didakwa dilakukan tanpa kebenaran daripada anak guamnya.
Ketika sesi pemeriksaan balas peguam bela, Ram Singh di Mahkamah Majistret Tenom hari ini, saksi keempat Asistan Superintenden Polis (ASP) Siti Nooraini Mohd Sahid menyatakan dia melakukan rampasan dokumen terbabit setelah mendapat arahan daripada pegawai pendakwa raya.
Kata saksi, setelah mendapat arahan, dia kemudiannya bersama pasukan polis dari Bukit Aman telah hadir ke syarikat LGMS.
Siti Nooraini turut menyatakan tujuan beliau dan pasukan Bukit Aman datang ke LGMS adalah mengambil keterangan saksi selain mengambil bahan bukti lain dari pihak syarikat terbabit.
Ditanya tentang bahan bukti berkenaan, Siti Nooraini menjelaskan bahan bukti terbabit adalah laporan forensik digital daripada pihak LGMS selain data atau maklumat yang sudah diberikan oleh pihak Ebit untuk dibuat analisis forensik.
Dalam pada itu, Siti Nooraini menyatakan tiada sebarang waran dikemukakan ketika beliau ditanya peguam sama ada terdapat sebarang waran dikemukakan daripada mana-mana mahkamah di Malaysia sebelum memasuki LGMS dan mendapatkan dokumen daripada syarikat berkenaan.
Hal ini membuatkan Ram mengandaikan Siti Nooraini dan pasukan dari Bukit Aman telah merampas dokumen daripada LGMS pada 30 November 2022 secara tidak sah.
Bagaimanapun, Siti Nooraini dalam jawapannya menyatakan dia tidak bersetuju bahawa pihaknya telah mengambil dokumen tanpa kebenaran sama ada daripada Ebit atau pihak mahkamah.
Siti Nooraini memaklumkan dia hanya tahu bahawa pihak Ebit telah membuat bayaran laporan digital forensik daripada LGMS setelah keterangan saksi diambil.
Mahkamah kemudian menetapkan tarikh baharu bagi sambungan perbicaraan pada 7 hingga 10 Februari 2023.
Ebit pada 18 Februari lalu didakwa atas 11 pertuduhan termasuk dakwaan mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 41 tahun di Tenom.
Menerusi pertuduhan berkenaan, Ebit didakwa menghantar perkataan lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi Whatsapp, antara Mac dan Jun tahun lalu.
Ebit dituduh melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sumber I Astro Awani 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo