NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ibu bapa mangsa kejutan elektrik terima pencen penakat, faedah pengurusan jenazah

Pengarah PERKESO Kelantan, Nora Yaacob (tengah) menyerahkan replika cek Faedah Pengurusan Jenazah bernilai RM2,000 kepada bapa mangsa, Mohd Nadzir Mohamed, ketika lawatan di rumah Allahyarham Sakinah Mohd Nadzir, di Kampung Bendang Surau, Morak - Foto NSTP/IHSAN PERKESO


TUMPAT: Seorang daripada tiga mangsa maut akibat renjatan elektrik di Kampung Bendang Surau, Morak, di sini, menerima Pencen Penakat dan Faedah Pengurusan Jenazah.

Ia diserahkan oleh Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Kelantan, Nora Yaacob kepada keluarga Allahyarham Sakinah Mohd Nadzir, 29, dalam kunjungan beliau ke kediaman keluarga arwah, hari ini.

Nora berkata, Skuad PERKESO Prihatin mengesan maklumat keluarga dengan menghubungi Pemilik Tadika Al-Munir, Kampung Berangan iaitu tempat kerja mangsa dan semakan juga mendapati arwah Sakinah layak menerima tuntutan Pencen Penakat. 

"Pencen Penakat minimum yang diterima adalah sebanyak RM332.50 yang akan diterima secara bulanan oleh ibu bapanya iaitu Mohd Nadzir Mohamed, 67, dan Zainun Sulaiman, 62, sehingga akhir hayat.

"Ia turut diterima oleh adik lelaki mangsa yang kini berumur 19 tahun sehingga usianya mencecah 21 tahun nanti.

"Pada masa kematiannya, Allahyarham Sakinah masih bujang dan belum berkahwin sekali gus membolehkan kedua ibu bapanya layak menerima Faedah Pengurusan Jenazah sebanyak RM1,000 setiap seorang," katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Dalam kejadian pagi Isnin lalu, Sakinah bersama kakaknya, Nurul Syazwani, 33 serta adiknya, Noor Fathiah, 27, maut akibat terkena renjatan elektrik selepas terpegang sebatang tiang dipercayai mempunyai aliran elektrik di rumah jirannya ketika melihat air banjir.

Ketiga-tiga mereka meninggal dunia di lokasi kejadian dan jenazah tiga beradik itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Morak dalam satu liang.

Nora mengingatkan agar orang ramai agar membuat bayaran caruman PERKESO sebagai persediaan di masa hadapan.

"Betapa pentingnya untuk orang ramai membuat caruman kerana ia sangat bermanfaat apabila berlaku sebarang keuzuran, kemalangan atau kematian," katanya.


Sumber I BH Online




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo