NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Polis Kedah tahan lelaki disyaki terbabit penipuan pakej umrah

Mohd Redzuan berkata, suspek lelaki berusia 49 tahun itu ditahan selepas polis menerima 17 laporan sehingga 8 Disember lalu. - Foto Astro AWANI


KULIM: Polis Kedah menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam penipuan pakej umrah tidak wujud di negeri itu.
Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, suspek lelaki berusia 49 tahun itu ditahan selepas polis menerima 17 laporan sehingga 8 Disember lalu.
Beliau berkata, seramai 17 mangsa telah berurusan dengan suspek yang juga pemilik Syarikat Travel & Tour, memperdaya mangsa dengan menawarkan pakej umrah tidak wujud.
“Semua mangsa telah membuat bayaran bagi menunaikan umrah berjumlah RM209,303.
“Suspek memberi pelbagai alasan kepada mangsa dengan menangguhkan tarikh menunaikan umrah.
"Mangsa yang berasa mereka ditipu telah datang ke pejabat suspek di Kulim dan mendapati telah ditutup,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Redzuan berkata, susulan itu polis telah membuka 17 kertas siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Keseksaan dan Sekyen 409 kanun yang sama.
Hasil semakan rekod jenayah mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sumber I Astro Awani 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo