NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Empat senator angkat sumpah di Dewan Negara

Empat senator mengangkat sumpah di Dewan Negara pagi ini, susulan pelantikan mereka ke dalam kabinet malam tadi.

Majlis angkat sumpah itu berlangsung di hadapan Speaker Dewan Negara Rais Yatim, di bangunan Parlimen, pagi ini.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, yang dilantik sebagai menteri dalam negeri mengangkat sumpah sebagai senator pada 8.30 pagi.

Ini diikuti oleh bekas ketua pegawai eksekutif CIMB Group Holdings Bhd Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, yang diberi portfolio menteri perdagangan antarabangsa dan industri.

Setiausaha Agung BN Zambry Abdul Kadir, yang dilantik menteri luar pula mengangkat sumpah, pada 8.39 pagi.

Ketua Hakim Mahkamah Syariah Mohd Na’im Mokhtar yang dilantik sebagai menteri hal ehwal agama menyempurnakan majlis dengan mengangkat sumpah pada 8.45 pagi tadi.

Selain Mohd Na'im, ketiga-tiga senator ini tewas bertanding pada PRU15.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo