NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

COVID-19 : Kes meningkat, Shanghai arah kelas secara ‘online’

SHANGHAI, 23 Jamadilawal 1444H, Ahad – Berikutan kes COVID-19 kembali meningkat di China, Shanghai mengarahkan beberapa sekolah di bandar itu melaksanakan kelas secara dalam talian.

Biro Pendidikan Perbandaran Shanghai dalam kenyataan memaklumkan, semua pelajar di peringkat rendah dan menengah perlu mengikuti pembelajaran dalam talian bermula esok.

Malah, taska dan pusat jagaan kanak-kanak juga diarahkan tutup mulai esok.

Bagaimanapun, bagi pelajar dan kanak-kanak yang tidak mempunyai alternatif boleh memohon untuk menghadiri ke sekolah.

Langkah berkenaan dibuat bagi melindungi kesihatan guru dan pelajar selaras dengan langkah pencegahan berkaitan COVID-19.

Keputusan itu menunjukkan semua sekolah kerajaan akan menutup sesi pembelajaran secara bersemuka sehingga hujung penggal pada 17 Januari 2023 apabila cuti awal tahun bermula.

Kebanyakan pengguna media sosial memuji dengan langkah yang dibuat kerajaan dan bersetuju supaya pelajar berada di rumah bagi mengelak keadaan lebih teruk.

Bagaimanapun, ada pihak yang mengadu tentang keberkesanan pembelajaran dalam talian, sekali gus memberikan tekanan berganda terutama kepada ibu bapa yang bekerja.

Terdahulu, beberapa sekolah di bandar juga terpaksa ditangguhkan berikutan beberapa cikgu dan kakitangan dilaporkan tidak sihat.

Malah, keadaan hospital kembali sesak dengan pusat kesihatan sementara dan kemudahan unit rawatan rapi dibuka semula di seluruh negara.

Di Shanghai sebanyak 230,000 katil tambahan disediakan di hospital sebagai persiapan. – Agensi


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo